Tuesday, April 22, 2014

kehilangan

assalamualaikum..

Dah berhabuk dah blog ni. hahaha. selepas berbulan-bulan tak update. Alhamdulilah masih bernafas. masih diberi peluang untuk memperbaiki hidup dan amalan didunia untuk dibawa ke akhirat.

Sebenarnya dah lama tulis entry tapi masih dalam mood " sedih " so tak update dekat blog. sampai lah sekarang ni baru rasa nak update.

On date, 03/11/2013 ada something yang sangat menyedihkan berlaku. which is atoknda tercinta kami pergi meninggalkan kami buat selamanya. actually it is hard to accept the fact that dia dah pergi sebab we are too closed. Dia dah duduk dengan kiteorang almost 3 years. we do everything together. Sumpah susah.

3.11.13 tu kiteorang baru je balik dari bercuti. ofkos we brought atok along with us. kiteorang pergi bercuti dekat goldcoast morib which is took dalam sejam setengah dari rumah. 03 haribulan tu kiteorang bertolak dari hotel pukul 10 sebab atok lapar and makanan dekat hotel tu dah habis. lepas tu makan sama-2 sampai pukul 2 baru sampai rumah. Bila masing-masing dapat penat ape lagi ? dah sure tido la kan? dalam pukul 5 petang tibe-2 my sis ketuk pintu bilik banyak kali. tapi ummu buat tak tahu sebab slalu nya dia nak kacau je. Then bibik pulak ketuk sambil cakap ' ummu bangun ummu.. atok dah takde ' first reaction bila dengar

tengah mimpi ke ?

tengah kelam kabutnya pergi bilik atok then tengok ayah dengan ibu menangis. alang terdiam..dengan ayuni tersengguk-sengguk... lepas tu terus lari pergi rumah abang sebab call banyak kali x angkat. then tengok dia tengah tido lepas tu terus jerit ' along kenape tak angkat call, atok dah takde long' dia terkejut terus lari balik rumah ibu. Kakak ipar pun terdiam then peluk. lama dia peluk. masa tu dah rasa nak pitam rasa macam still dalam mimpi. mimpi buruk. tapi ianya realiti.

rasa macam mimpi.. baru pukul 2 pm tu makan dengan dia borak-2 gelak-2 lepas tu berakhir dengan benda yang kita tak jangka.  dia sangat sangat sihat. lagi sihat dari anak-anak dia. this year dia 97 years old :) menyesal sebab tak bagitahu semua orang apa yang aku nampak malam before dia takde tu. angah siap cakap -- 'kenapa baru nak cakap skrg? dah terlambat ummu' .ibu --' dah Allah nak tutup mulut dia. dia pun tak tahu benda macam ni nak jadi. dah-2 jangan menangis' .  Angah pulak macam dah k.o dia siap cakap ' ayah kejutlah atok, atok nak minum petang . nanti angah buatkan atok kopi ' sampai ayah marah dia.

ayah orang yang paling tabah dan sabar. ayah dengan atok sangat rapat. rapat sangat. macam anak dan bapak. walhal menantu dan bapa mertua. nobody expect yang dia akan tinggalkan kiteorang secepat ni. serious. tkde sape jangka. 

malam sebelumnya dia siap boleh gurau2 sambil gelak. tolak dia pakai wheelchair. i miss him. so much.

masih terbayang last chance untuk cium atok. subhanallah sejuknya muka atok, bibir merah and muka berseri-seri.. i wish i could turn back the time

even sampai sekarang kekuatan untuk tido dalam bilik dia takde. pernah sekali tido sekejap tapi tak tahan, terus keluar. ibu cakap ' jangan macam tu ummu kesian atok. sedih dia tengok awak macam ni ' ummu dah cuba bu. tk boleh.  tandas dia selalu guna pun tak berani masuk sebab takut menangis. lupa nak cakap dia meninggal dalam keadaan terduduk seolah olah baru lepas ambil sembahnyang di dalam tandas. 

dia meninggal dalam keadaan ada air sembahyang :) sebenarnya dia dah tahu dia nak pergi. dia pernah cakap-2 sebelum ni. tapi masing-masing anggap gurauan :) masa dia baru lepas operation. two months before dia meninggal dia pernah cakap dekat along ' amin, kubur dah panggil aku ' along anggap tu satu gurauan la. tak sangka betul-2 :')

rindunya . rindu sangat. dah nak masuk 6 bulan dia pergi. raasa macam dia ada dekat sini . semangat nak beraya tahun ni pun takde. semuanya hilang. lenyap. 

ummu sayang atok. 

03.11.2013 - perginya seorang yang sangat aku sayang. thanks for the all memories atok. you are king in my heart. i will love you forever.

No comments:

Post a Comment